SELAMAT DATANG KE PORTAL PSS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPUNG NYIUR

Wednesday 19 September 2012

KENALI SMK KAMPUNG NYIUR  


Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Nyiur telah ditubuhkan dan mula beroperasi paada tahun 2007 dengan keanggotaan seramai 17 orang sahaja dan pelajar hanya seramai 124 orang sahaja. Sekarang, setelah 6 tahun berlalu warga pendidik telah bertambah seramai 39 orang dan pelajar 486 orang. SMKKN yang ditunjangi oleh Tuan Pengetua, Tn Hj. Mohd. Hanafi bin Abd. Mutalip telah melakar pelbagai kejayaan terutamanya dari segi ko-akademik dan ko-kurikulum. 

Di antara kejayaan SMKKN adalah Johan Kuiz Pelancongan Negeri Terengganu 2009, tempat ke-3 Pertandingan Pantun Peringkat Negeri Terengganu 2012, Johan Bola Tampar peringkat Zon 2012, 2 orang peserta dipilih mewakili Terengganu ke Pertandingan Bola Tampar Kebangsaan, Johan Petanque Negeri Terengganu 2012, tempat ke-3 Pertandingan Bola Jaring P15 Daerah Dungun 2011 dan pelbagai lagi kejayaan lain. (akan dikemaskini kemudian).

WARNA-WARNI SMKKN...KAMI SAYANG SMKKN!!




PROGRAM BULAN BAHASA SMKKN 2012

Sempena Bulan Bahasa, PSS SMKKN dan Panitia Bahasa Melayu telah menganjurkan Miggu Bahasa SMKKN pada 6 Mac 2012 yang lalu. Program ini bertujuan mencungkil bakat terpendam pelajar yang rupa-rupanya sangat berkebolehan cuma mungkin sebelum ini tidak diberi kesempatan. Di samping itu mengalu-alukan kedatangan pelajar mengunjungi PSS untuk mencari sumber bahan seperti pantun, sajak, syarahan dan sebagainya. 

Pertandingan yang dianjurkan adalah Pertandingan Pantun, Pertandingan Sahibba, Pertandingan Syarahan, Pertandingan Mendeklamasi Sajak, Pertandingan Menulis Esei BM dan BI, Pertandingan Mencari Harta Karun dan Pertandingan Spell It Right.

Pelbagai kerenah pelajar dapat dilihat sepanjang program ini yang dianggap sangat berjaya kerana julung-julung kali dianjurkan acara yang besar seperti ini. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar namun untuk pertandingan pantun, semua peserta adalah dari tingkatan 5, mungkin kebetulan pasukan pantun sekolah pun dari tingkatan 5. Kami para guru tidak menjangkakan penyertaan yang hebat sehingga terpaksa menghadkan penyertaan agar tempoh pertandingan selari dengan aturcara.

Sama-sama kita saksikan pelbagai gaya dan bakat pelajar sepanjang Minggu Bahasa ini berlangsung.




Sunday 19 February 2012

Selamat Datang ke Blog PSS SMK Kampung Nyiur

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..



SMK KAMPUNG NYIUR, 23100 DUNGUN, TERENGGANU.

KERTAS KERJA PELANCARAN PROGRAM NILAM.
PELANCARAN PROGRAM NILAM 2013

A. KERTAS KERJA PROGRAM

1. Nama  Program   :  PELANCARAN PROGRAM NILAM

2.  Latar belakang program:
           Sebahagian daripada program galakkan membaca yang merangkumi semua aktiviti yang berkaitan. Tujuan dilancarkan agar memberi kesedaran kepada warga SPKP bertapa pentingnya program NILAM demi melihat murid-murid sentiasa berdamping dengan buku.
                 Pusat Sumber Sekolah ini telah merangka program Bulan Bahasa Kebangsaan,
Kem Membaca dan Hari Buku peringkat  sekolah. Selain itu menanamkan budaya membaca dikalangan warga sekolah ke arah membina minda yang cemerlang, gemilang dan   terbilang.

3.         Tema :  “MEMBACA BUDAYA ILMU”


PENAFIAN

Admin Blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Hakmilik © 2012