SELAMAT DATANG KE PORTAL PSS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPUNG NYIUR

Wednesday 19 September 2012

PROGRAM BULAN BAHASA SMKKN 2012

Sempena Bulan Bahasa, PSS SMKKN dan Panitia Bahasa Melayu telah menganjurkan Miggu Bahasa SMKKN pada 6 Mac 2012 yang lalu. Program ini bertujuan mencungkil bakat terpendam pelajar yang rupa-rupanya sangat berkebolehan cuma mungkin sebelum ini tidak diberi kesempatan. Di samping itu mengalu-alukan kedatangan pelajar mengunjungi PSS untuk mencari sumber bahan seperti pantun, sajak, syarahan dan sebagainya. 

Pertandingan yang dianjurkan adalah Pertandingan Pantun, Pertandingan Sahibba, Pertandingan Syarahan, Pertandingan Mendeklamasi Sajak, Pertandingan Menulis Esei BM dan BI, Pertandingan Mencari Harta Karun dan Pertandingan Spell It Right.

Pelbagai kerenah pelajar dapat dilihat sepanjang program ini yang dianggap sangat berjaya kerana julung-julung kali dianjurkan acara yang besar seperti ini. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar namun untuk pertandingan pantun, semua peserta adalah dari tingkatan 5, mungkin kebetulan pasukan pantun sekolah pun dari tingkatan 5. Kami para guru tidak menjangkakan penyertaan yang hebat sehingga terpaksa menghadkan penyertaan agar tempoh pertandingan selari dengan aturcara.

Sama-sama kita saksikan pelbagai gaya dan bakat pelajar sepanjang Minggu Bahasa ini berlangsung.












Semua pelajar yang menang telah mendapat hadiah pada Majlis  Penutup Minggu Bahasa iaitu pada hari Khamis. Senarai pemenang dilanjutkan ke meja PK KO untuk kemudahan mencari peserta pertandingan peringkat Zon, Daerah mahupun Negeri yang bakal disertai sekolah. Alhamdulillah akhirnya bertitik tolak dari program ini, Pasukan Pantun SMKKN telah mendapat tempat ke3 di peringkat negeri Terengganu.



Ini gambar dorang masa Pertandingan Pantun Peringkat Daerah Dungun, SMKKN sebagai tuan rumah dan GPM sendiri selaku jurupantunnya..menyelit jugak..hehe..SMKKN berjaya merangkul JOHAN Daerah Dungun mengalahkan SMKTIZ..haaa..kau ada?

No comments:

Post a Comment


PENAFIAN

Admin Blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Hakmilik © 2012