SELAMAT DATANG KE PORTAL PSS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMPUNG NYIUR

INFO PSS


INFO PSS

       SEJARAH PSS

              Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Nyiur telah ditubuhkan pada 1 Januari 2007 dengan keanggotaan seramai 17 orang sahaja termasuk 3 orang Penolong Kanan. Bangunan Pusat Sumber Sekolah terletak bersebelahan blok pentadbiran dan terasing dari blok bilik darjah.

Terdapat 4 unit PSS yang berada berpusat di dalam PSS iaitu Perpustakaan, Bilik Tayang, Bilik BBM dan Unit NILAM. Manakala Makmal Komputer dan Bilik SAL berada di blok bersebelahan di tingkat 1.


  Infrastruktur:
Terbahagi kepada unit-unit yang ada:
·         Unit Perpustakaan
·         Unit Bilik Tayangan
·         Unit BBM
·         Makmal Komputer
·         Bilik Komputer
·         Program NILAM
·         Bilik SAL
             

      


        VISI

“PSS GEDUNG SUMBER KECEMERLANGAN”


          MISI

Mempertingkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan individu yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan cemerlang dalam semua bidang.




         PIAGAM PELANGGAN PSS
     
      Memastikan pengguna mendapat tempat dan ruang yang selesa dan mencukupi
      Memastikan pengguna mendapat kemudahan bahan bantu yang terkini dan berkeadaan baik dengan segera
    Menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan bacaan mencukupi untuk keperluan atau kegunaan pengguna
      Menyediakan maklumat relevan dan terkini kepada warga sekolah
      Sedia memberi khidmat kepakaran dalam penggunaan teknologi pendidikan kepada pengguna dari semasa ke semasa
     Memberi khdimat, layanan mesra, bersopan dan setiasa peka kepada masalah pengguna
      Menyediakan kemudahan dan menentukan kaedah tempahan penggunaan PSS kepada pengguna
     Membantu memupuk tabiat pembelajaran kendiri, membaca dan menjalankan penyelidikan melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik
                                   
         MATLAMAT PSS

    Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah.
      Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisplin untuk membantu membina sahsiah guru-guru supaya mereka dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan agama, bangsa dan negara.
     Membantu golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah pelajar itu sendiri supaya dapat memainkan peranan yang positif apabila mereka tamat persekolahan.
      Merapatkan jurang perbezaan antara kemudahan-kemudahan pendidikan sekolah-sekolah luar bandar dengan sekolah-sekolah di bandar


            OBJEKTIF

Objektif Pusat Sumber Sekolah ialah:
     
     Menguruskan maklumat
PSS sebagai tempat mengumpul, menyimpan serta mengedarkan pelbagai maklumat.  Maklumat-maklumat ini mencakupi pelbagai bidang keilmuan seperti kemanusiaan, sains, teknologi, agama dan sebagainya.  Dengan maklumat-maklumat inilah guru-guru dan para pelajar dapat memperkayakan pengalaman-pengalaman pengajaran dan pembelajaran mereka.



                        Kecemerlangan pendidikan
Adalah diharapkan PSS akan dapat mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran serta dapat meningkatkan prestasi pencapaian akademik di kalangan pelajar-pelajarnya.
                                                                                
Penggunaan kemudahan
Menggalakkan pelajar-pelajar, guru-guru serta kakitangan sekolah menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka mempunyai tahap keilmuan yang tinggi hasilnya dari kajian dan pembacaan yang tidak ditumpukan kepada buku teks semata-mata.

 Memupuk Tabiat Belajar
Adalah diharapkan dengan adanya Pusat Sumber Sekolah akan dapat membantu memupuk tabiat belajar sendiri,  membaca dan menjalankan penyelidikan melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.

 Penghasilan Bahan
Pusat Sumber Sekolah juga merupakan tempat untuk menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan/ bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Perkhidmatan Pembelajaran
Pusat Sumber Sekolah juga harus berupaya memberi pandangan dan cadangan untuk melaksanakan kurikulum sekolah dengan berkesan.  Oleh yang demikian, kakitangannya bukan sahaja mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang media pendidikan tetapi juga bagaimana media dapat disepadukan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya berkesan.  Khidmat runding dan nasihat ini hendaklah ditawarkan bila-bila masa yang diperlukan.  Ia boleh diberi dalam bentuk sesi tunjuk ajar, bengkel, kursus, pameran, temubual, dialog atau apa sahaja cara yang boleh menghasilkan konteks antara kakitangan media dengan guru-guru dan para pelajar.

    Kemahiran Maklumat
Pusat Sumber Sekolah juga seharusnya berperanan melatih pelajar-pelajar supaya dapat menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran mereka.


No comments:

Post a Comment


PENAFIAN

Admin Blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Hakmilik © 2012