Nilam
NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.
MATLAMAT
Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan pelajar.
OBJEKTIF
- - Menjadikan murid banyak membaca.
- - Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca
TIGA ELEMEN NILAM
- 1. Rekod Membaca
Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM.
- 2. Pengesahan Pembacaan
Guru Kelas mengesahkan rekod bacaan pelajar.
- 3. Pengiktirafan
Pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca.
MODEL
PENCAPAIAN TAHAP NILAM
1. Tahap Jauhari
2. Tahap Rakan Pembaca
PENGIKTIRAFAN
Tahunan
- Buku Rekod Kemajuan
- Kad Kumulatif
Keseluruhan
- Selepas 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah
- Sijil Berhenti Sekolah
- Surat Akuan Sekolah
Murid yang berjaya menamatkan program NILAM berkeistimewaan untuk pemilihan ke Sekolah Kawalan, Sekolah Berasrama Penuh, Kelas Ekspres, Penajaan Biasiswa dan Institut Pengajian Tinggi.
CADANGAN AKTIVITI NILAM
- 1. Program Iqra'
- 2. Membaca Bersama
- 3. Ceramah Buku
- 4. Pertandingan Bercerita
- 5. Khemah Membaca
- 6. Pameran Buku
- 7. Teater Membaca
- 1. Dimasukkan dalam jadual waktu, satu waktu dalam pengajaran bahasa.
- 2. Masa Khas - contoh 10 minit sebelum waktu sekolah bermula dan waktu rehat.
- 3. Waktu untuk aktiviti perpustakaan.
- 4. Menggunakan waktu senggang untuk membaca.
- 1. Perpustakaan Sekolah
- 2. Perpustakaan Awam
- 3. Perpustakaan Keluarga
- 4. Sudut Bacaan di Masjid
- 5. Perpustakaan FELDA
- 6. Perpustakaan KEMAS
AKTIVITI-AKTIVITI GALAKAN
MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH
(DI BAWAH PROGRAM NILAM)
1. Buat
Seekor Ulat Buku – Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad
manila yang dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambung-sambung untuk membentuk
segmen ‘ulat buku’.
2. Rakan
Membaca –
Pelajar memilih seorang rakan yang serasi dengannya sebagai rakan membaca.
Kedua-duanya boleh saling membantu untuk berkongsi pengalaman membaca.
3. Mendirikan
Satu Program Membaca – Pelajar menguruskan masa untuk
membaca, menentukan apa yang hendak dibaca, dan di mana bahan dapat diperolehi.
4. Memulakan
Kelab Membaca Kamu Sendiri – Pelajar dalam satu kumpulan atau
sebuah kelas menubuhkan kelab membaca dan merancang aktiviti-aktiviti yang
tersendiri.
5. Diari
Membaca Mingguan – Pelajar menyemak kemajuan membacanya minggu demi
minggu baik dari segi kuantiti mahupun jenis bahan yang dibaca.
6. Ulasan
Buku Mobail –
Pelajar menggunakan daya kreatif mereka untuk memaparkan ulasan buku di bilik
darjah.
7. Menghayati
Puisi –
Pelajar melahirkan respon mereka terhadap sebuah puisi yang dibaca dengan
menulis apa yang dirasai dan sebab mereka berasa begitu.
8. Baris
Demi Baris-
Pelajar meneliti perkaitan makna antara baris-baris puisi untuk memahami
sebauah puisi dengan lebih baik.
9. Mengumpul
Perkataan –
Pelajar menggunakan bacaan mereka untuk mengumpul perkataan menurut ‘kumpulan’
supaya mereka dapat membuat rujukan dengan mudah.
10. Kisahkan
Semula Sebuah Cerita – Pelajar melukis beberapa adegan
daripada cerita yang dibacanya, kemudian menulis – Pelajar melukis beberapa
adegan daripada cerita yang dibacanya, kemudian menulis semula cerita dengan
perkataan sendiri.
11. Melukis
Model – Berpasangan,
pelajar mengambil giliran membaca gambaran tentang suatu tempat atau suasana
yang dikutip daripada sebuah buku cerita supaya masing-masing mendapat giliran
melukis gambaran tersebut, dan membandingkannya kemudian.
12. Halaman
Masalah – Dengan
membayangkan dirinya sebagai watak utama dalam sebuah buku cerita, pelajar
menulis tentang masalah yang dihadapinya dalam sepucuk surat kepada halaman
masalah dalam majalah kegemarannya.
13. Kerangka
Cerita – Memperkenalkan
satu cara menganalisis sebuah karya fiksyen berdasarkan latar, watak, masalah
dan penyelesaian.
14. Urutan
Cerita – Pelajar
menambah satu bahagian lagi di akhir sebuah cerita yang disukainya untuk
menamatkan cerita itu seperti yang diingininya.
15. Apa Yang Diberitahu Kepada Kamu? Pelajar membaca sepintas lalu beberapa perenggan daripada sebuah buku
cerita, dan memikirkan apa idea utama perenggan-perenggan itu.
16. Pesan Tersirat – Pelajar mencari pesan tersirat atau tema dalam cerita, puisi dan novel
untuk mencungkil mesej yang ingin disampaikan pengarang dalam karyanya.
17. Luaskan Idea Kamu – Pelajar menggunakan imaginasi untuk meluaskan idea dan kefahamannya
berdasarkan sebuah cerita menarik yang dibacanya. Misalnya dengan menggunakan
segala maklumat tentang watak utama, dia memerihalkan keadaan watak itu pada
zaman kanak-kanak.
18. Dua Aktiviti Dengan Lakonan – Pelajar dapat meningkatkan kefahaman tentang sesebuah cerita dengan
menterjemahkannya ke dalam bentuk lakonan, dan kemudian melakonkannya di dalam
kelas.
19. Tamu Minggu Ini – Pelajar membayangkan diri sebagai penerbit TV yang ingin menampilkan watak
kegemarannya dalam rancangan ‘Tamu Minggu Ini’. Oleh itu dia terpaksa
menyediakan suatu ringkasan mengenai watak seperti nama, keluarga dan pencapaiannya.
20. Membanding Dan Membeza – Pelajar menggunakan rajah Venn untuk membandingkan keadaan sesuatu watak
sebelum dan selepas sesuatu peristiwa yang dialaminya, atau membandingkan dua
watak dalam sebuah cerita.
21. Merentas Dunia – Pelajar membaca buku tentang sebuah negeri dan mencatatkan maklumat seperti
ibu negeri dan kehidupan rakyatnya.
22. Mengumpul Maklumat – Sambil membaca, pelajar mengisi beberapa kotak disekeliling satu tajuk
dengan fakta-fakta atau maklumat penting berkaitan dengan tajuk itu dan
kemudian menyusun nota-nota itu menurut urutan yang munasabah.
23. Buat Sebuah Buku Fakta – Pelajar mencari fakta-fakta menarik daripada ensaiklopedia dan kemudian
menyalin dan melengkapkannya untuk membuat sebuah buku.
24. Berkongsi Dan Berbincang – Berpasangan, pelajar menerokai dan membaca bersama-sama sebuah buku untuk
mencari maklumat tentang satu tajuk yang dipilih mereka.
25. Merancang Satu Persembahan – Kumpulan-kumpulan pelajar merancang dan mengelola suatu persembahan
berdasarkan sebuah carita yang telah dibaca.
26. Biodata Tokoh Terkenal – Pelajar membuat profil seoramg tokoh yang diminati menggunakan seberapa
banyak punca maklumat yang dapat diperolehi.
27. Cari Khazanah!/Sumber Hunt Berpandukan satu salinan peta, pelajar menulis arahan dan membacakan arahan
itu kepada kawan-kawannya untuk memandu mereka mencari khazanah yang
disembunyikannya di suatu tempat dalam peta itu.
28. Membaca Gambar Rajah – Berpasangan, pelajar mengambarkan gambar rajah yang dipilih dari sebuah
buku supaya rakannya dapat melukis gambar rajah itu hanya dengan mendengar
gambarannya.
29. Surat Berita – Pelajar-pelajar menyusun bahan-bahan menarik yang terhasil dari
aktiviti-aktiviti menarik dan menerbitkannya dalam bentuk surat berita.
30. Buku Ditangan – Pelajar-pelajar sentiasa bersama buku dimana-mana saja mereka berada.
31. Projek Pukal – Kotak buku bacaan yang dibekalkan oleh PSS dan dikendalikan oleh guru
kelas. Buku sentiasa ditukar ganti.
32. Anotasi Buku – Pelajar membuat ulasan mengenai buku yang dibaca melalui proses pengajaran
dan pembelajaran.
33. Khemah Membaca – Pelajar didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran pengendalian maklumat,
ADD dan kerja projek. Pelajar akan mempamirkan hasilan projek dan persembahan
di akhir kursus.
34. Kuiz Bestari –Kuiz berkaitan dengan
matapelajaran di sekolah.
35. 30/40 Minit Bersama Buku – AJK projek memilih hari dan masa yang sesuai mengikut jadual waktu. Hari
dan masa akan berubah pada minggu berikutnya melibatkan semua warga sekolah.
Aktiviti membaca ditetapkan oleh guru matapelajaran pada waktu tersebut.
Catatan dimasukkan dalam buku program dan buku catatan membaca.
36. Minggu Galakkan Membaca – AJK memilih minggu yang bersesuaian. Aktiviti yang dirancang biasanya dalam
bentuk pertandingan.
37. Buku Skrap – Merupakan aktiviti bulanan dan bahan diambil daripada petikan majalah atau
akhbar.
38. Wadah Bestari – Pelajar diberi satu tajuk, kemudian pelajar tersebut merujuk beberapa buah
buku untuk memetik fakta. Tajuk tersebut didedahkan semasa perhimpunan
mingguan. Pelajar lain dikehendaki mencatat apa yang dilafazkan pelajar
tersebut. Guru mengambil masa beberapa minit di kelas untuk sesi perbincangan.
39. Menulis Buku – Pelajar diberi satu tajuk atau tema. Pelajar dibimbing memilih watak
berdasarkan contoh buku. Mereka didedahkan juga bagaimana sebuah buku
dihasilkan. Hasil yang baik diberi ganjaran.
40. Melukis Kulit Buku – Pelajar perlu membaca sebelum melukis kulit buku. Biasanya buku yang
dipertandingkan tiada mempunyai kulit ( buku rosak- dibaik pulih).
41. Projek Berwawasan – Pelajar Membaca buku fiksyen. Mereka membuat sinopsis, ulasan, perkataan
baru dalam buku rekod membaca.
42. Hentian Ilmu/ Laluan Iqra – Bahan bacaan diletakkan disudut-sudut tertentu untuk dibaca oleh murid pada
waktu rehat.
43. 1 + 1 = 100 (Diskusi Buku) – Seorang pelajar membaca sebuah buku disebarkan kepada 100 orang rakannya.
44. Projek Cakna – Pelajar membaca bahan dengan diawasi dan dibimbing oleh guru mengikut
jadual ditempat-tempat yang dinyatakan. Dalam aktiviti ini guru pembimbing akan
mambantu pelajar yang tidak boleh menyebut perkataan dengan betul dan tidak
boleh membaca dengan baik. Kemudian pelajar bercerita secara lisan untuk
mengetahui tentang kefahaman pelajar terhadap bahan yang dibaca. Pelajar yang
lebih baik kefahamannya dan boleh menulis, mempersembahkan kefahaman mereka
dalam bentuk grafik, komik, kartun dan kulit buku.
45. Program ‘Walking Dictionary’- Pelajar memakai tag nama dimana
perkataan perbendaharaan kata bagi minggu itu diperkenalkan
No comments:
Post a Comment